Saturday, January 16, 2010

Peranan Pelajar : Edisi 2

Dua Cara Untuk Memindahkan Perbendaharaan Tamadun.


Tujuan ini tidak akan terlaksana kecuali dengan dua jalan :

Jalan Pertama - Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya.

Jalan Kedua - Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai kepada tujuan ini. Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung kedua-dua cara tersebut.


Jalan Yang Khusus Bagi Pelajar.


Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti dan fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan di antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.

Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata, bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda semua. Mereka hendaklah menyedari secara sungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk mengetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat nyata yang membezakan umat Islam, iaitu sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.


Prinsip-prinsip Utama Islam.


Hakikat Islam dan prinsipnya ialah akidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari kiamat. Maka wajiblah bagi setiap orang Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi di dunia ini di bawah lindungan tamadun Islam.

Apa saja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi akidah-akidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan memupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal di dunia ini jika tidak diteraskan atau tidak disokong oleh tiga prinsip tersebut.


Pentingnya Penumpuan Tenaga Ke Arah Mengawasi Prinsip-prinsip Itu.


Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keIslaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman kebendaan yang bergerak untuk mengabui atau meragu-ragukan akidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah ini dan menghalangnya daripada bertapak dalam kalangan mereka.

Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang akidah di bumi Islam ini, maka dia bukan sahaja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dahsyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat untuk mencabutnya hingga ke akar umbinya.

Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada di antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran-fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti Tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tinggi, di universiti-universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara-negara Islam. Dengan demikian juga dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasil-hasilnya yang tidak diingini.


bersambung...




Rujukan : Peranan Pelajar - Sayyid Abu al-A'ala al-Maududi

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters