Sunday, October 11, 2009

Minggu Haluan Siswa 1


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kekuatan untuk menyambung penulisan ini.


Kebelakangan ini, diri ini terasa amat sibuk (ke menyibukkan diri? hehe)... Minggu lepas ana telah dilantik memegang jawatan AJK Bahan dan Penerbitan untuk 'Minggu Haluan Siswa' pelajar-pelajar baru Jordan tahun ini. Sebenarnya kalau nak diikutkan hati memang dah tak nak terima tanggungjawab ni sebab program akan berjalan dalam masa seminggu sahaja lagi. Apapun, ana menerima tugasan ini memikirkan bahawa mereka adalah sahabatku di sini (sekadar membantu).

Keesokan harinya kami dipanggil untuk menghadiri mesyuarat di Irbid, fuhh... semalam je baru telefon, hari ni dah kena pergi hadiri mesyuarat. Mesyuarat dijangka berlangsung pada sebelah petang hari Jumaat bertempat di Bayt PERMAI. Oleh kerana itu, ana gagahkan jugalah diri ini untuk pergi menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berjalan sebagaimana yang dirancangkan akan tetapi, punyalah lama betul mesyuarat tu. Banyak pula permintaan daripada puak akhawat, nak buat inilah itulah... Tapi apa boleh buat, sabar je lah. Sabar2...

Seusainya mesyuarat tu, hajatnya terus nak pulang ke Amman, sebelum nak balik tu ana mendapat jemputan untuk tidur di sana pula, nak tolak segan, nak balik takut bas dah tak ada. Selepas banyak kali dipujuk, ana pun ikutlah tidur di rumah 'Afifuddin. Bagus betul si 'Afifuddin ni, kuat ikut kelas talaqqi. Pergi ke sana ke mari semata-mata untuk ilmu, istiqamah pula tu. (Insya-Allah... nak istiqamah juga... hehe)

Pagi sabtu pun menjelma, ikutkan hati nak balik pagi tu terus, kebetulan Khiedier (Pengarah MHS) dan beberapa orang lagi nak ke Amman untuk menghadiri rumah terbuka Ustaz Mujahid sekeluarga bersama Ustazah Hasliza, Ustazah Nazirah, dan Ustazah Ayman. Nak dijadikan cerita, tunggulah pula mereka (mereka ada mesyuarat pada pagi tu). Tunggu punya tunggu, selepas zohor baru selesai mesyuarat. Ingatkan dah boleh balik, dijemput pula ke rumah Dr. Aizat beraya. Dapat makan nasi himpit, alhamdulillah.

Sesampainya di rumah Ustaz Mujahid, kami dikenalkan dengan seorang pensyarah dari Singapore yang turut datang berhari raya di situ. Beliau banyak memberikan persepsi beliau sebagai seorang warga asing terhadap krisis politik di Malaysia. Best juga dengar beliau berucap walau tak semuanya boleh diambil. :D

Selang beberapa hari kemudian, ana dimaklumkan lagi tentang mesyuarat AJK MHS di Irbid pada hari rabu, saat tu memang malas sangat2 malas nak pergi mesyuarat tu tapi apabila difikirkan kembali, kasihan pula kat AJK yang lain. Ana pun datanglah juga hari rabu tu, bertolak dari Amman pukul 5 petang dan sampai di sana azan maghrib berkumandang.

Mesyuarat kali kedua ni bermula selepas Isyak (8.00 malam) dan berakhir pukul 11.30 malam. Sekali lagi dilewat-lewatkan, dalam hati terdetik kenapalah perkara yang kecik pun nak diperbesar-besarkan dalam mesyuarat sedangkan ianya boleh diselesaikan sendiri oleh biro tersebut. Emm... entahlah, mungkin ana ni kurang hadiri mesyuarat kot sampai terdetik kat hati macam tu.


bersambung...


p/s: malas nak sambung sekarang... letih...

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters