Sunday, August 2, 2009

Kenali Sebahagian Para Sahabat Radhiallahu 'Anhum




Abdul Rahman bin Auf - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang terkemuka dan memeluk Islam sejak permulaan Islam lagi. Seorang saudagar yang dermawan dan mendermakan berpuluh=puluh ribu dinar daripada hartanya untuk pertahanan negara. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan wafat ketika berusia 75 tahun. Dimakamkan di perkuburan Baqi'. Antara 10 orang sahabat yang dijanjikan dengan mereka syurga Allah S.W.T.

Abdullah bin Rawahah - Jurutulis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan panglima Islam yang berani. Beliau mati syahid ketika peperangan menentang tentera Rom dalam peperengan Mu'tah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.

Abdullah bin Umar - Putera Sulung Sayyidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketika berusia lapan tahun, merupakan sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang terkenal dan dihormati. Beliau seorang yang amat kuat beribadat kepada Allah juga beliau adalah salah seorang perawi hadith. Wafat pada usia 84tahun di Mekah.

Abu Bakr Ash-Shiddiq - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah ke Madinah. Merupakan lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan dengan sebab itulah beliau digelar dengan gelaran 'Ash-Shiddiq'. Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah, khalifah pertama selepas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, wafat ketika usia 63tahun. Seorang daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Abu Hurairah - Salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memeluk Islam pada tahun ke tujuh hijrah. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhar, banyak menghabiskan masanya dengan mendampingi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadith serta banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.


Abu Ubaidah bin Al-Jarrah - Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dijanjikan syurga. Seorang panglima Islam yang berani dan berperang di dalam semua peperangan bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Panglima yang sangat berjasa dalam mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Wafat pada tahun ke 18 hijrah.

Abu Zar Al-Ghifari - Seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran dan hak. Hidup dengan cara hidup yang sederhana dan tidak mementingkan kesenangan dunia sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ali bin Abi Talib - Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23tahun sebelum hijrah. Merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, menantu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan isteri kepada Fatimah Az-Zahra' binti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau juga adalah termasuk di antara 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga.

Amru bin Al-'As - Seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang terkemuka, nama beliau ialah Abdullah Amru bin Al-'As. Memeluk Islam pada tahun ke tujuh hijrah ketika berlangsungnya perjanjian Hudaibiyyah. Merupakan panglima Islam yang berani dan bijak, banyak berjasa kepada dakwah Islamiah serta setanding dengan panglima Khalid bin Al-Walid. Beliau adalah panglima Islam yang telah membuka Mesir serta dilantik menjadi Amiir di sana. Kembali ke rahmat Allah pada tahun 43 hijrah.

Anas bin Malik - Seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang telah lama berkhidmat sebagai khadam. Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau berpindah ke Basrah dan menyebarkan dakwah Islam ke sana. Banyak meriwayatkan hadith dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang termaktub di dalam Musnad Ahmad.

Arqam bin Abi Arqam - Sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Mekah, merupakan anyara orang yang pertama memeluk agama Islam. Rumahnya dijadikan sebagai tempat perjumpaan dan penyebaran agama Islam semasa dakwah secara sirr. Mengikut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhijrah ke Madinah dan sentiasa bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam peperangan-peperangan yang penting.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters