Thursday, June 4, 2009

RINTANGAN PERJUANGAN KEHIDUPAN PENDAKWAH

Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar sebagaimana yang dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al Ankabut 1-3)

Di dalam hadith dinyatakan:

“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang orang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu.”

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan pelbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan sengsara.

Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar.

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:

Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

Dalam hadith ini Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang sewaktu-waktu boleh menimpa para Da’ei; supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia. Mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. Kiranya dengan demikian, mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.

Sungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang Mukmin. Maka di mana saja ia temui dialah yang berhak mengambilnya

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:

“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim dan sifat serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu kering.” (Hadith riwayat Al-Tirmizi)

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dan kejahatan makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. ” (Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)


*diedit daripada Rintangan Perjuangan Dalam kehidupan Pendakwah oleh Fathi yakan

2 comments:

IbnSidek said...

Salam ziarah.. post yg baik. tp kale hijau tu terang sgt. Semoga saudara dan para pejuang Islam yg lain teguh dl dakwah mereka.

Unknown said...

to Rantong...


Syukran atas berita gembira tersebut...

Semoga Allah merahmati kita semua...

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters