Sunday, March 11, 2007

Wabak AF di Malaysia


Malam ini Akademi Fantasia (AF) akan mula menyebarkan wabaknya kepada masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam khususnya. Wabak ini akan membawa simptom lalai kepada manusia-manusia yang menantikannya dan juga orang-orang sekeliling manusia-manusia ini. Mereka akan menjadi kurang upaya untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih awlawiyat(utama) .

Perkara-perkara yang terjadi dan dilakukan oleh peserta-peserta AF akan mudah menjadi tajuk bualan mereka-mereka ini. Jika sebelum ini masalah sosial,perbincangan politik, ekonomi sering menjadi tajuk bualan, bila tiba AF tajuk-tajuk itu diketepikan sebentar. Bahkan tidak mengejutkan dalam acara-acara high level (taraf tinggi) pun mereka-mereka yang berstatus tidak segan-segan mahu juga menyelitkan AF.

Sememangnya AF menjanji satu hiburan dan hype yang cukup enak dinikmati oleh nafsu masing-masing. Sehingga ada yang sanggup menjadikan AF sebagai cara ahli keluarga berkumpul kerana selama ini masing-masing sibuk. Goyahnya institusi keluarga jika AF dijadikan sandaran.

Mungkin ketika orang melayu digula-gulakan dengan AF adalah masa terbaik untuk pilihanraya seterusnya kerana pada ketika itu, dos yang diterima dari AF cukup membuatkan orang melayu hilang ingatan terhadap perkara-perkara lalu. __._,_.___

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters