Sunday, March 11, 2007

Pernahkah Kamu Terfikir?

Wahai Manusia!

Pernahkah kamu terfikir?

"Bagaimana alam ini terbentuk?"

"Bagaimana matahari dan bulan terbentuk?"

"Di manakah kamu sebelum dilahirkan?"

"Bagaimana lautan, pokok-pokok, dan haiwan muncul?"

"Bagaimana buah-buahan yang harum dan berwarna-warni, seperti pisang, plam, ceri dan strawberi, dapat muncul daripada tanah yang hitam? Siapa yang memberikan warna dan bau kepada mereka?"

"Daripada siapakah lebah yang kecil ini belajar membuat madu yang begitu enak?" Bagaimana lebah mampu membuat sarang yang mempunyai persimpangan-persimpangan yang lancar?"

"Siapakah manusia pertama?"

Ibu kamu telah melahirkan kamu. Tetapi manusia pertama tidak mungkin mempunyai emak dan bapa. Jadi, bagaimana manusia pertama muncul?"

Kamu akan mempelajari jawapan sebenar untuk semua soalan-soalan ini.

Tahukah kamu jawapan sebenar? Semua yang kamu saksikan di keliling kamu, termasuk diri kamu, kawan-kawan, ibu bapa, bumi, matahari, makanan kegemaran kamu, pisang, ceri, strawberi, bunga ros berwarna-warni, bunga violet, haruman semerbak, manusia, kucing, anjing, semut, lebah, kuda, burung dan rama-rama, ringkasnya semua yang telah dicipta oleh Allah.

Saya menyoal kamu, "Pernahkah anda terfikir: dari manakah lebah yang kecil ini belajar menghasilkan madu yang begitu lazat?" Allahlah yang telah mengajar lebah ini untuk menghasilkan madu.

Terdapat mereka yang menceritakan tentang perkara-perkara ini. Mereka tidak percaya Allah telah mencipta segala-galanya dan mereka mereka-reka cerita tentangnya. Mereka digelar "penyokong evolusi" dan kisah yang mereka ceritakan dinamakan "evolusi".

Saya mahu kamu mempelajari kebenaran, dan Allah adalah Pencipta segala-galanya.

0 comments:

wanabdbaith. Powered by Blogger.

Visitor

free counters